Pfizer mohon kelulusan penggunaan dos ketiga - Utusan Malaysia

Pfizer mohon kelulusan penggunaan dos ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Syarikat farmaseutikal Pfizer dan BioNtech bercadang untuk meminta kebenaran daripada pihak berkuasa kesihatan Amerika Syarikat (AS) untuk meluluskan penggunaan dos ketiga suntikan vaksin Covid-19 yang mereka hasilkan.

Cadangan itu dibuat selepas data awal dari ujian klinikal berterusan menunjukkan sutinkan ketiga boleh menguatkan antibodi sebanyak lima hingga 10 kali ganda terhadap varian asal dan varian Beta.

“Syarikat berharap dapat mengeluarkan data yang lebih tepat secepat mungkin untuk diserahkan kepada Pentadbiran Makanan dan Ubatan AS (FDA), Ema (Agensi Ubatan Eropah) dan pihak berkuasa lain dalam tempoh terdekat.

“Dos ketiga juga dilihat memberi perlindungan lebih tinggi terhadap varian Delta yang kini menular di seluruh dunia,” jelas kenyataan itu.

Selain itu, syarikat farmaseutikal tersebut giat membangunkan vaksin khusus untuk menentang varian Delta dan ujian klinikal pertama dijangka bermula pada Ogos ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya