Pesawat tentera Filipina bawa 85 penumpang terhempas - Utusan Malaysia

Pesawat tentera Filipina bawa 85 penumpang terhempas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

COTABATO: Sebuah pesawat tentera yang membawa sekurang-kurangnya 85 orang dilaporkan terhempas di selatan Filipina, hari ini.

Setakat ini, 15 mangsa sudah dibawa keluar dari bangkai pesawat C-130 yang terbakar.

Jurucakap tentera, Cirilito Sobejana berkata, pesawat itu terhempas ketika cuba mendarat di Jolo di wilayah Sulu.

“Pasukan keselamatan kini berada di lokasi kejadian dan kami berharap dapat selamatkan lebih ramai mangsa,” katanya.

Kebanyakan penumpang dalam pesawat itu merupakan pelajar akademi penerbangan yang sudah tamat pengajian dan akan ditempatkan di Jolo untuk membantu tentera Filipina menangani kegiatan keganasan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya