MOSCOW: Pasukan mencari dan menyelamat menemukan 19 mayat penumpang pesawat Antonov An-26 yang terhempas di Wilayah Timur Jauh, Rusia.
Pesawat dalam perjalanan dari bandar Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana terputus hubungan dengan menara kawalan dan terhempas semalam.
Pasukan penyelamat kemudian menemui bangkai kapal terbang itu berhampiran Palana.
“Setakat ini, 19 mayat mangsa dijumpai,” jelas Kementerian Situasi Kecemasan Rusia menerusi kenyataan.
Pesawat An-26 membawa 22 penumpang termasuk seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dan enam anak kapal.
Menurut pihak berkuasa, lebih 50 anggota penyelamat dikerahkan ke Laut Okhotsk untuk operasi pencarian.
Namun, cuaca buruk termasuk angin kencang menyukarkan operasi pencarian. – AFP