Pesawat kargo mendarat cemas di laut akibat masalah enjin - Utusan Malaysia

Pesawat kargo mendarat cemas di laut akibat masalah enjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Sebuah pesawat kargo Boeing 737 dengan dua anak kapal melakukan pendaratan cemas dalam laut di perairan Honolulu semalam, berikutan masalah pada enjin.

Menurut Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), juruterbang pesawat tersebut kritikal, manakala seorang lagi mengalami kecederaan parah.

Pesawat syarikat Transair dengan nombor penerbangan 810 itu dalam perjalanan ke Honolulu dari Maui, menurut data penerbangan FlightWare.

GAMBAR yang dirakam pengawal pantai AS selepas pesawat itu mendarat cemas di laut.

Pesawat itu dilaporkan cuba berpatah balik ke Honolulu sebelum terpaksa membuat pendaratan kecemasan di atas air kira-kira pukul 1.30 pagi waktu tempatan.

Berdasarkan maklumat awal, kedua-dua anak kapal diselamatkan oleh Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS), selain FFA serta Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasiona; (NTSB) akan menyiasat insiden tersebut.

Satu sumber memberitahu AFP bahawa pesawat itu mungkin dari model 737 Classic yang dianggarkan sudah berusia 33 tahun. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya