MOSCOW: Sebuah pesawat yang membawa seramai 28 penumpang dilaporkan terputus hubungan di Rusia.
Pesawat An-26 itu berlepas dari Petropavlovsk-Kamchatsky ke Palana di Semenanjung Kamchatka ketika ia terputus hubungan dengan menara kawalan.
Pekara itu dilaporkan media tempatan yang memetik sumber dari kementerian kecemasan negara ini. – AFP