PARIS: Perancis akan menguatkuasakan undang-undang baharu yang mewajibkan penduduk mengemukakan `pas kesihatan’ ketika memasuki restoran atau menaiki pesawat dan kereta api.
Perkara itu disahkan oleh seorang jurucakap kerajaan.
Undang-undang yang diluluskan di Parlimen itu akan berkuatkuasa mulai 9 Ogos ini.
Meskipun mendapat tentangan hebat sehingga mencetuskan protes besar-besaran di Perancis, kerajaan bertekad untuk meneruskan langkah itu dalam usaha memerangi Covid-19.
Pas kesihatan itu akan diberikan kepada individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap dan diiktiraf, ujian PCR negatif atau baru sembuh daripada jangkitan wabak.
Undang-undang itu juga akan mewajibkan petugas kesihatan mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Sebelum ini, pas kesihatan itu diwajibkan bagi lawatan ke muzium dan pawagam dengan kapasiti lebih 50 orang pada 21 Julai lalu. – AFP