PRAGUE: Kerajaan Republik Czech hari ini meluluskan usul untuk memberi cuti tambahan selama dua hari kepada penjawat awam yang menerima suntikan vaksin Covid-19.
Perdana Menteri Republik Czech, Andrej Babis berkata, beliau tidak menemukan jalan lain untuk menggalakkan orang ramai termasuk kakitangan kerajaan untuk mendapatkan vaksin.
“Mungkin ada beberapa pihak beranggapan langkah ini (pemberian cuti tambahan) adalah tidak adil, namun saya berasa sebaliknya,’ katanya.
Babis juga meminta sektor perniagaan swasta supaya mengambil langkah yang sama untuk menggalakkan golongan pekerja mendapatkan suntikan vaksin.
“Setiap majikan dan pemilik perniagaan yang baik tahu mereka perlu melindungi pekerja kernaa jika tidak, pesakit akan dijangkiti Covid-19, perlu kuarantin dan akhirnya beri kesan kepada operasi syarikat,” ujarnya.
Sebanyak 4.7 juta daripada 10.6 juta rakyat negara ini sudah menerima vaksinasi lengkap.
Republik Czech menerima tentangan hebat daripada golongan anti vaksin, termasuk dari bekas presiden, Vaclav Klaus. – AFP