Penghuni bangunan kedua kondominium Miami diarah berpindah - Utusan Malaysia

Penghuni bangunan kedua kondominium Miami diarah berpindah

PENGHUNI di Crestview Towers diarahkan berpindah segera selepas struktur bangunan itu juga didapati tidak selamat. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Angka korban insiden runtuhan kondominium di sini meningkat kepada 22 orang selepas pasukan penyelamat menemukan empat lagi mangsa di bawa runtuhan semalam.

Dengan penemuan tersebut, jumlah mangsa hilang kini diturunkan sebanyak 126 orang.

Selain itu, pihak berkuasa mengarahkan semua penghuni di bangunan kedua, Crestview Towers berpindah segera atas faktor keselamatan.

Arahan itu dikeluarkan selepas kumpulan jurutera memaklumkan terdapat masalah konkrit dan elektrikal yang serius pada bangunan tersebut.

Semua penghuni perlu berpindah segera selepas Taufan Isla dijangka membadai Florida seawal pagi Isnin depan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya