Pengasas aiskrim Ben&Jerry's kekal pendirian boikot Israel - Utusan Malaysia

Pengasas aiskrim Ben&Jerry’s kekal pendirian boikot Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Pengasas jenama aiskrim Ben & Jerry’s menyatakan mereka tegas menyokong keputusan syarikat itu yang menghentikan penjualan aiskrim di Tebing Barat bagi memboikot penempatan haram Israel di kawasan itu.

Lapor Daily Mail, Bennet Cohen dan Jerry Greenfield yang bersama-sama mengasaskan rantaian perniagaan aiskrim itu sejak 1978 dan menjualnya kepada konglomerat Britain Unilever pada 2000, memuji tindakan syarikat yang mereka tubuhkan menerusi artikel dalam New York Times.

“Kami adalah pengasas Ben & Jerry’s. Kami juga berbangga menjadi bangsa Yahudi. Tindakan ini menunjukkan siapa kami dan bagaimana identiti kami sepanjang kehidupan ini.

“Sejak syarikat mula mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabangsa, Israel adalah negara haram pertama dalam pasaran luar negara.

“Kami menyokong dan menentang beberapa polisinya sama seperti kita menentang dasar kerajaan AS,” jelasnya.

Oleh hal demikian, mereka berdua menegaskan mendukung keputusan syarikat untuk menamatkan perniagaan di wilayah yang diduduki yang dilabelkan sebagai pendudukan haram oleh masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Ben & Jerry’s membuat keputusan yang sangat berani kerana menghentikan penjualan aiskrim di sana merupakan keputusan penting dalam sejarah syarikat yang sudah beroperasi selama 43 tahun.

Israel sebelum ini mengumumkan akan membentuk pasukan petugas khas bagi memberi tekanan kepada jenama aiskrim itu supaya mengubah kembali keputusan mereka.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya