Penduduk New York dapat AS$100 kalau ambil vaksin - Utusan Malaysia

Penduduk New York dapat AS$100 kalau ambil vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bermula Jumaat ini, penduduk bandar ini layak menerima AS$100 (RM422) selepas mendapat suntikan pertama vaksin Covid-19.

Lapor Daily Mail, Datuk Bandar, Bill de Blasio membuat pengumuman itu sebagai sebahagian daripada usaha mengatasi masalah kelembapan program vaksinasi di bandar itu.

“Ini adalah cara untuk kita memastikan lebih ramai penduduk menerima vaksin.

“Bermula Jumaat ini, pastikan anda divaksin, dapatkan dos pertama, pastikan layak untuk menerima pelbagai tawaran menarik serta menerima insentif AS$100,” katanya.

Setakat ini, sebanyak 9.9 juta dos vaksin diberikan kepada penduduk di bandar New York iaitu bersamaan 54.4 peratus populasi sudah menerima suntikan vaksin berdasarkan data Jabatan Kesihatan.

Namun, kadar kebolehjangkitan masih tinggi sebanyak 2.55 peratus dalam tempoh tujuh hari.

Peningkatan kadar jangkitan itu akibat penularan varian Delta yang mudah berjangkit dengan merekodkan 57 peratus kes dalam tempoh empat minggu.

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya