Pasangan pengantin nikah dalam bas bergerak di Boyolali - Utusan Malaysia

Pasangan pengantin nikah dalam bas bergerak di Boyolali

TITIN Rachmatul Ummah dan isterinya, Angga Hayu Joko Siswoyo bergambar di dalam bas selepas majlis pernikahan mereka di Boyolali, Jawa Tengah. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BOYOLALI: Gara-gara terpaksa membatalkan majlis resepsi berikutan perintah sekatan darurat Covid-19 yang dilaksanakan, pasangan pengantin di sini memilih untuk bernikah di dalam bas yang bergerak.

Majlis perkahwinan unik antara Titin Rachmatul Ummah, 23, dan Angga Hayu Joko Siswoyo, 26, itu berlangsung pada hujung minggu lalu.

Pasangan itu pada mulanya merancang untuk mengadakan majlis kahwin di kediaman pengantin lelaki, Titin di Sambi, Boyolali dan keluarganya sudah menyediakan semua persiapan termasuk menjemput para tetamu.

Namun, pelaksanaan sekatan darurat Covid-19 menyebabkan majlis itu terpaksa dibatalkan atau ditunda dan mereka diberi pilihan untuk bernikah di pejabat agama atau rumah tanpa acara resepsi.

Pasangan itu kemudiannya tidak mahu melakukan kedua-dua pilihan itu kerana kekangan masa serta risiko terdedah dengan Covid-19 dan akhirnya memilih untuk bernikah dalam bas bergerak.

Titin dan isterinya bekerja di sebuah agensi pelancongan dan syarikat itu menawarkan pakej pernikahan di dalam bas.

Pasangan itu mengeluarkan belanja sebanyak empat juta rupiah (RM1,155) untuk menyewa bas tersebut. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya