Panda gergasi bukan lagi spesies haiwan terancam - Utusan Malaysia

Panda gergasi bukan lagi spesies haiwan terancam

DIANGGARKAN sebanyak 1,800 ekor panda gergasi hidup dalam habitat asal di China. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Panda gergasi tidak lagi dikategorikan sebagai haiwan terancam, namun masih perlu berhati-hati bagi memastikan populasi haiwan itu terus bertambah.

Menurut pihak berkuasa China, perkara itu diputuskan selepas jumlah pandai gergasi di habitat asalnya direkodkan bertambah kepada 1,800 ekor.

Ketua Jabatan Pemuliharaan Ekologi dan Alam Semula Jadi di Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar, Cui Shuhong berkata, perkembangan positif itu menunjukkan usaha China meningkatkan bilangan panda gergasi menerusi pelbagai mekanisme sudah berhasil.

Katanya, kategori baharu itu diputuskan beberapa tahun selepas Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN) mengeluarkan pandai gergasi daripada senarai haiwan terancam pada 2016.

“Namun, itu tidak bermakna usaha pemuliharaan populasi panda gergasi akan dihentikan, malah China sentiasa komited memastikan haiwan itu terpelihara,” katanya.

Sementara itu, kebanyakan pengguna media sosial menyambut baik pengumuman tersebut. 

“Ini adalah hasil kerja keras pelbagai pihak untuk melindungi populasi panda gergasi. Tahniah diucapkan kepada semua pihak,” tulis seorang pengguna Weibo.

Kumpulan pakar berpendapat, kejayaan itu adalah hasil daripada usaha China memperluaskan kawasan hutan buluh memandangkan 99 peratus diet gergasi panda adalah pokok buluh.

Selain itu, kebanyakan zoo di negara ini juga giat meningkatkan jumlah anak panda gergasi menerusi pelbagai kaedah pembiakan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya