New York isytihar darurat tangani keganasan senjata - Utusan Malaysia

New York isytihar darurat tangani keganasan senjata

GABENOR New York, Andrew Cuomo menandatangani perintah eksekutif dan mengisytiharkan darurat untuk menangani jenayah keganasan senjata api. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: New York menjadi bandar raya pertama di Amerika Syarikat (AS) mengisytiharkan perintah darurat untuk menangani jenayah keganasan berkaitan senjata api yang semakin meningkat.

Lapor BBC, Gabenor New York, Andrew Cuomo menandatangani perintah eksekutif tersebut.

Perintah itu antara lain memperuntukkan dana kecemasan sebanyak AS$138.7 juta (RM576.8 juta) bagi program intervensi dan pencegahan jenayah keganasan senjata api.

Menurut Cuomo, New York melaporkan sebanyak 51 insiden tembakan pada 4 Julai lalu.

Tindakan itu dibuat selepas beberapa laporan menunjukkan terdapat peningkatan kes kematian akibat senjata api di seluruh negara termasuk hampir 200 kes berlaku pada hujung minggu lalu.

Perintah darurat yang diisytiharkan oleh Cuomo menggambarkan jenayah keganasan senjata api sebagai krisis kesihatan awam.

Cuomo turut membandingkan masalah itu dengan pandemik Covid-19.

“Jika anda melihat pada statistiknya, lebih ramai orang meninggal dunia akibat jenayah keganasan senjata api berbanding pandemik Covid-19.

“Seperti yang dilakukan sebelum ini dalam masalah Covid-19, New York sekali lagi akan memimpin negara dengan melaksanakan pendekatan komprehensif untuk memerangi jenayah keganasan senjata api,” katanya.

Sebelum ini, Presiden AS, Joe Biden memperkenalkan beberapa strategi untuk mengatasi krisis keganasan termasuk mengusulkan peraturan bagi mengekang pembuatan senjata api haram. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya