JAKARTA: Kisah aktres cantik Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie ditahan kerana penyalahgunaan dadah terus heboh diperkatakan netizen di negara ini.
Menerusi Twitter, kebanyakan pengguna mengaitkan sikap ‘pelik’ Nia sejak kebelakangan ini dengan kegiatannya mengambil syabu.
Rata-ratanya bersetuju pelakon itu sering bercakap perkara yang tidak jelas dan dilihat seperti ‘tiada arah tuju’.
Seorang pengguna Twitter menyatakan Nia sering bercakap perkara yang tiada kaitan setiap kali membuat live dalam Instagram atau TikTok.
“Baru kini saya faham kenapa Nia sering bercakap perkara yang tidak jelas,” katanya.
Hantaran itu menerima maklum balas dari banyak pengguna lain yang turut bersetuju mengenai sikap pelik pelakon berkenaan.
“Ya betul, saya juga sering kurang faham dengan apa yang dicakapkan oleh Nia, dia juga dilihat terlalu kebaratan dan tidak mendidik anak-anaknya,” tulis seorang lagi pengguna Twitter.
Nia dan suaminya ditahan di Jakarta Pusat kelmarin selepas didakwa mengambil dadah jenis syabu dan pasangan suami isteri itu turut mengaku sudah terlibat dalam penyalahgunaan dadah sejak lima bulan lalu.
Antara sikap jelik dan pelik Nia yang menjadi perhatian netizen Indonesia sebelum ini termasuk ketika dia mengacarakan Anugerah TikTok Indonesia bersama pelakon Raffi Ahmad.
Dalam majlis tersebut, Nia dikritik kerana tidak bijak mengacarakan program, selain sering memotong skrip Raffi dan ada kalanya kelihatan ‘sesat’.
Selain itu, Nia juga mengakui dia tidak pandai membuka buah salak dan video tersebut menjadi tular di Indonesia.
Pada 2018, Nia mendedahkan dia pernah ditawarkan dadah ketika berusia 14 tahun, namun menolaknya.