YANGON: Pihak berkuasa Myanmar melaksanakan perintah berkurung di bandar Mandalay bermula hari ini ketika kes jangkitan Covid-19 terus meningkat.
Kira-kira dua juta penduduk di Mandalay, termasuk di dua pekan di selatan Bago diarahkan duduk di rumah dan hanya seorang sahaja dari setiap kediaman dibenarkan keluar untuk mendapatkan barangan keperluan harian.
Namun, Myanmar tidak memaklumkan sampai bila perintah berkurung itu akan dilaksanakan.
Pihak berkuasa kesihatan negara ini memaklumkan, lebih 1,500 kes jangkitan baharu direkodkan di Mandalay semalam, iaitu naik sebanyak 100 kes sehari sejak awal bulan lalu.
Sistem kesihatan di negara ini juga berdepan dengan kesukaran sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa pada Februari lalu.
Setakat ini, Myanmar merekodkan sebanyak 3,347 kes kematian akibat Covid-19, namun angka sebenar dijangka lebih tinggi. – AFP