Musang King: Tahanan reman dilanjutkan - Utusan Malaysia

Musang King: Tahanan reman dilanjutkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR SERI BEGAWAN: Tahanan reman kes terhadap enam warga tempatan yang terlibat dalam aktiviti dadah semasa Operasi Musang King, Biro Kawalan Narkotik dilanjutkan hingga 9 Ogos ini.

Pelita Brunei melaporkan, enam defendan, terdiri daripada Jakaria Ahad (Defendan Pertama – D1); Siti Izzatul Munirah Ahmad (Defendan Kedua – D2); Mohammad Isamuddin Ahmad (Defendan Ketiga – D3); Ahmad Tamit (Defendan Keempat – D4); Maskunah Wahab (Defendan Kelima – D5); dan Mohammad Saifuddin Ahmad (Defendan Keenam – D6) dibicarakan menerusi sidang video, di hadapan Majistret Dewi Norlelawati Abdul Hamid.

Keenam-enam mereka didakwa di bawah Seksyen 3A Akta Penyalahgunaan Dadah (APD), Penggal 27, iaitu atas kesalahan memiliki dadah bagi tujuan mengedar dadah kelas ‘A’ yang melebihi daripada 100 gram membawa pada hukuman gantung hingga mati.

D1 dan D2 turut didakwa di bawah Seksyen 3 Perintah Mendapatkan Kembali Aset Jenayah, 2012, iaitu atas kesalahan pengubahan wang haram, yang boleh membawa denda tidak melebihi B$500,000 dan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Mahkamah turut menetapkan kes tersebut akan disebut semula pada 9 Ogos ini.

Pendakwaan tertuduh dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qamarul Affyian Abdul Rahman, sementara Roy Prabhakaran dan Daud Ismail mewakili bagi pihak defendan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya