Mangsa, ahli keluarga runtuhan kondominium Miami terima pampasan RM634 juta - Utusan Malaysia

Mangsa, ahli keluarga runtuhan kondominium Miami terima pampasan RM634 juta

BANGUNAN kondominium 12 tingkat Champlain Towers South di Miami, Florida, runtuh pada 24 Jun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

FLORIDA: Seorang hakim di mahkamah Florida memaklumkan mangsa dan ahli keluarga yang mengalami kerugian akibat insiden runtuhan kondominium 12 tingkat di Miami akan menerima pampasan minimum sebanyak AS$150 juta (RM634 juta) untuk peringkat permulaan.

Pada sesi pendengaran, Hakim Mahkamah Miami-Dade, Michael Hanzman berkata, jumlah itu merangkumi hampir AS$50 juta (RM211 juta) dalam bentuk insurans di bangunan Champlain Towers South.

Ia juga membabitkan sekurang-kurangnya AS$100 juta (RM422 juta) menerusi hasil penjualan hartanah Surfside yang dibina sebelum ini.   

“Dalam perkara ini, mahkamah mengambil kira situasi mangsa. Hak mereka akan sentiasa dilindungi,” katanya sambil menambah kumpulan penerima pampasan itu bukan hanya melibatkan pemilik kondominium tetapi juga untuk pelawat dan penyewa.  

Jelas Hanzman, pampasan minimum AS$150 juta tidak melibatkan beberapa tuntutan mahkamah yang difailkan di mahkamah sejak kejadian itu pada 24 Jun lalu.

Menurut beliau, tuntutan mahkamah berkenaan akan digabungkan menjadi satu saman yang akan merangkumi kesemua mangsa dan ahli keluarga sekiranya mereka bersetuju.  

“Sudah pastinya, tiada sesiapa yang akan terlepas,” katanya sambil merujuk kepada tuntutan mahkamah tersebut.

Insiden runtuhan kondominium di Florida mengorbankan sekurang-kurangnya 97 orang.

Setakat ini, kesemua 97 mangsa sudah dikenal pasti menerusi analisis asid deoksiribonukleik (DNA).

Pihak berkuasa masih belum mengumumkan penamatan operasi pencarian mangsa dan punca runtuhan juga tidak dimuktamadkan. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya