Mafia, polis bertempur di Venezuela, 26 maut - Utusan Malaysia

Mafia, polis bertempur di Venezuela, 26 maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CARACAS: Lebih 26 maut dalam pertempuran hampir dua hari antara pasukan keselamatan Venezuela dengan kumpulan mafia yang menguasai kawasan miskin di bandar ini.

Menteri Dalam Negeri Venezuela, Carmen Melendez berkata, 22 daripada 26 yang maut merupakan anggota kumpulan mafia manakala empat lagi adalah pengawai polis.

Katanya, penduduk awam dilaporkan turut terbunuh dalam insiden itu, namun belum dipastikan jumlahnya, selain 28 pejalan kaki cedera.

“Pertempuran yang bermula Rabu lalu memaksa ramai penduduk meninggalkan kawasan dan kediaman mereka.

“Pertempuran itu juga menyaksikan kumpulan mafia menggunakan senjata api berkuasa tinggi, bom tangan dan dron,” katanya.

Seramai 2,500 anggota keselamatan dikerah memerangi kumpulan tersebut, selain pihak berkuasa negara ini turut mengawarkan hadiah berjumlah AS$500,000 (RMRM2 juta) kepada sesiapa yang berjaya menahan ketua mafia tersebut. – AFP/REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya