Lelaki ‘koyak’ selepas lamaran di stadium ditolak 'mentah-mentah' - Utusan Malaysia

Lelaki ‘koyak’ selepas lamaran di stadium ditolak ‘mentah-mentah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MASSACHUSSETS: Video yang menunjukkan seorang lelaki melamar kekasihnya di hadapan ribuan penonton yang menyaksikan perlawanan besbol di sini menjadi tular.

Hal ini kerana, lamaran lelaki itu ditolak, malah wanita idamannya melarikan diri.

Dalam video tersebut, lelaki itu dilihat melutut dan melamar kekasihnya.

Jelas dapat dilihat, wanita itu terkejut dan tidak selesa dengan lamaran tersebut.

Malah, wanita itu menggelengkan kepalanya sambil menutup muka sebelum lari meninggalkan stadium.

Aksi lamaran itu turut disiarkan di skrin besar stadium berkenaan.

Menurut beberapa saksi, wanita itu kelihatan amat takut selepas dia dilamar sebelum melarikan diri dan dikejar kekasihnya.

Ada yang berpendapat, lelaki itu bertemu dengan wanita yang salah dan perlu berusaha mencari wanita yang benar-benar sepadan dengannya.

Selain itu, ada juga yang menyifatkan lelaki tersebut berdepan dengan ‘situasi paling memalukan dalam hidupnya’.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya