Lelaki obses hidu kasut berbau - Utusan Malaysia

Lelaki obses hidu kasut berbau

SEBAHAGIAN kasut yang dicuri Tsunehito Isobe di Murakami, Jepun. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Tujuh tahun selepas ditangkap kerana mencuri lebih 200 pasang kasut wanita, seorang lelaki sekali lagi ditahan atas kesalahan yang sama, baru-baru ini.

Pada 10 Jun lalu, polis menyerbu  rumah Tsunehito Isobe, 47, selepas dia didakwa mencuri 139 pasang kasut wanita termasuk kasut jururawat, tumit tinggi dan sandal.

Kegiatan Isobe terbongkar selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia menyelinap masuk ke dalam sebuah bangunan di Murakami dan mencuri sandal wanita pada 5 Mac lalu sebelum ditahan polis pada 19 Mei.

“Saya mempunyai minat yang mendalam terhadap kasut wanita yang sudah dipakai sejak kecil lagi, terutamanya yang berbau.

“Saya juga sudah mencuri kasut sejak beberapa tahun lalu,’ katanya.

Kali pertama Isobe ditahan adalah pada 2014 dan ketika ditahan, polis menemukan 244 pasang kasut wanita termasuk 200 kasut jururawat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya