Lelaki hina wanita miskin yang menyukainya - Utusan Malaysia

Lelaki hina wanita miskin yang menyukainya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Aksi seorang lelaki yang merakam gambar rumah wanita yang didakwa menyukainya berserta kapsyen menghina mendapat perhatian pengguna media sosial di negara ini.

Lelaki tersebut merakam gambar rumah kayu yang dipercayai tempat tinggal wanita yang menyukainya menggunakan aplikasi TikTok.

Lelaki itu menulis kapsyen berbunyi ‘saya tidak sengaja lalu di depan rumah gadis yang sukakan saya.

‘Minta maaf, tapi kita tak sepadan, kita tidak secocok,’ tulisnya.

Lelaki itu juga memberitahu alasan wanita itu tidak setaraf dengannya kerana dia menjalani kehidupan yang mewah dan serba lengkap.

Bahkah, dia turut memuat naik gambar pakaian jenama mewah menerusi aplikasi tersebut.

‘Awak tengoklah, barang saya, Baju saya semuanya mahal, awak mampu ke nak bercinta dengan saya?’.

Selain itu, pemuda sombong berkenaan turut memberitahu dia ‘akan menaiki pesawat dua kali sehari’ untuk berjalan-jalan.

Sehubungan itu, dia memohon maaf kerana dia bukanlah lelaki idaman yang sepadan dengan wanita tersebut.

Sikap sombong dan cakap besar lelaki itu menerima kritikan daripada pengguna TikTok.

Kebanyakannya menyatakan, biar miskin harta, asalkan tidak miskin budi bahasa.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya