MICHIGAN: Seorang lelaki berusia 25 tahun dianggap amat bernasib baik selepas mampu hidup lebih setahun tanpa jantung, malah dapat melakukan aktiviti sukan bersama rakannya sepanjang tempoh tersebut.
Lapor Mirror, Stan Larkin bergantung pada jantung tiruan yang masukkan ke dalam sebuah beg bersama peralatan khas yang digalasnya selama 555 hari apabila mahu ke mana sahaja.
Larkin terpaksa memasang jantung tiruan itu selepas mengalami kardiomiopati.
Lelaki itu tidak sedar menghidap keadaan tersebut selepas dia rebah ketika bermain bola keranjang.
Adik Larkin iaitu Dominique juga menghidap masalah sama yang sering menjadi punca utama kematian dalam kalangan atlet.
Pada ketika itu, Larkin amat memerlukan jantung baharu yang bermakna dia harus berada di hospital untuk dipantau sehingga menjalani pembedahan pemindahan jantung.
Bagaimanapun, para doktor di Universiti Michigan memasang peralatan Syncardia seberat 5.8 kilogram yang berfungsi sebagai jantung sementara menunggu penderma jantung.
Peralatan itu digunakan sekiranya kedua-dua belah jantung gagal berfungsi.
Jantung tiruan sementara Larkin itu berbentuk freedom portable driver yang diletakkan dalam sebuah beg galas.
Ia juga membenarkan Larkin menjalani kehidupan normal dan bermain bola keranjang bersama rakan-rakannya.
Larkin akhirnya menjalani pembedahan pemindahan jantung pada tahun 2016. – AGENSI