Lelaki di Sumatera Utara dibelasah hanya kerana dijangkiti Covid-19 - Utusan Malaysia

Lelaki di Sumatera Utara dibelasah hanya kerana dijangkiti Covid-19

TANGKAP layar video seorang lelaki dipukul penduduk kampung di Toba, Sumatera Utara, Indonesia. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOBA: Seorang lelaki yang disahkan positif Covid-19 dibelasah sekumpulan penduduk tempatan ketika dia menjalani kuarantin kendiri di rumahnya di Toba, Sumatera Utara.

Lapor Kompas.com, insiden menyayat hati itu dirakam oleh anak saudara lelai itu dan videonya tular dalam media sosial.

“Pakcik saya diikat, diseret dan dipukul dengan kayu oleh penduduk kampung seperti bianatang.

“Pakcik saya hanya dijangkiti Covid-19 dan itu adalah di luar kawalannya,” kata pemuda yang menggelar dirinya sebagai Joshua.

Jelas Joshua, bapa saudaranya mempunyai gejala Covid-19 yang ringan dan hospital mengarahkannya menjalani kuarantin kendiri di rumah.

Katanya, penduduk kampung mengetahui perkara tersebut dan mereka tidak benarkan bapa saudaranya pulang ke rumahnya.

Namun, perkara itu tidak dihiraukan bapa saudaranya dan dia pulang ke rumahnya seperti biasa sebelum dipukul penduduk kampung.

Sehubungan itu, Joshua membuat laporan polis.

Jurucakap polis Sumatera Utara, Nainggolan mengesahkan insiden tersebut dan akan menjalankan siasatan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya