IDAHO: Seorang lelaki mencipta Rekod Dunia Guinness apabila berjaya membalut tubuh isterinya menggunakan plastik dalam masa paling pantas iaitu hanya 1 minit dan 2.44 saat.
David Rush buat pertama kali cipta rekod balut isterinya, Jennifer gunakan plastik paling pantas pada 2019 dengan masa 1 minit dan 57 saat.
Selepas itu, rekod tersebut dirampas oleh sepasang suami isteri lain yang berjaya melakukan langkah tersebut pada masa 1 minit dan 29 saat.
Rush memaklumkan, dia menggunakan sembilan gulung plastik untuk berlatih bagi memecahkan rekod tersebut.
Katanya, selain perlu pantas, cabaran baharu itu juga memerlukan dia membalut isterinya dengan teliti tanpa ada ruang udara serta melakukan balutan berasingan pada tangan dan kaki. – AGENSI