LONDON: Seorang lelaki bertindak membakar dirinya sendiri di hadapan stesen komuter di stesen bandar Camden.
Lapor Daily Mail, pihak polis dan Perkhidmatan Ambulans London bergegas ke tempat kejadian kira-kira pukul 4 petang selepas api dilaporkan semakin marak.
Lelaki itu mengalami kecederaan dan luka akibat terbakar, namun, tidak mengancam nyawanya.
Dia kini ditahan di bawah Akta Kesihatan Mental dan dibawa ke hospital.
Kawasan jalan sekitar ditutup termasuk Kentish Town Road.
Pihak polis memaklumkan mereka menerima panggilan pada pukul 4.01 petang dari stesen bawah tanah komuter Camden Town.