MANILA: Lebih 2,000 penduduk meninggalkan kediaman masing-masing selepas gunung berapi Taal berterusan menghamburkan debu panas ke udara.
Taal mengeluarkan debu sulfur dioksida sejak beberapa hari lalu, menyebabkan kawasan serta wilayah sekitar diselubungi jerebu tebal yang boleh membahayakan kesihatan.
Sekurang-kurangnya 2,400 penduduk meninggalkan kediaman mereka sejak kerajaan mengeluarkn arahan pemindahan segera sebagai langkah keselamatan.
Pegawai terlibat, Joselito Castro berkata, lebih banyak penduduk dijangka meninggalkan kediaman mereka dalam tempoh terdekat ini.
Katanya, kebanyakan penduduk berlindung di sekolah dan pusat pemindahan sementara yang disediakan.
Gunung berapi Taal terletak kira-kira 50 kilometer ke selatan Manila dan merekodkan aktiviti letusan yang aktif sejak beberapa minggu lalu.
Kali terakhir gunung berapi itu meletus adalah pada Januari 2020, menyebabkan sejumlah kediaman rosak dan banyak haiwan ternakan maut akibat debu panas. – AFP