Lebih 130 kebakaran hutan direkodkan di British Columbia - Utusan Malaysia

Lebih 130 kebakaran hutan direkodkan di British Columbia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VANCOUVER: Lebih 130 kebakaran hutan dilaporkan berlaku di seluruh barat Kanada susulan fenomena gelombang haba.

Kerajaan persekutuan Kanada menyatakan, pesawat tentera akann dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu operasi pemadaman api.

Terdahulu, lebih 1,000 penduduk dipindahkan dari pekan Lytton di British Columbia susulan kebakaran yang berlaku memusnahkan rumah mereka.

Sehingga semalam, suhu yang direkodkan di Lytton adalah setinggi 49.6 darjah Celsius.

Perkhidmatan Hidupan Liar British Columbia memaklumkan, terdapat 136 kebakaran hutan aktif di seluruh wilayah tersebut.

Sehingga kini, sekurang-kurangnya 719 kematian direkodkan sejak minggu lepas akibat strok haba.

Kebanyakan mangsa yang maut merupakan warga emas yang tinggal di kawasan penempatan persendirian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya