Lapan wilayah Kemboja bersempadan Thailand jalani perintah berkurung - Utusan Malaysia

Lapan wilayah Kemboja bersempadan Thailand jalani perintah berkurung

ORANG ramai menunggu giliran untuk terima vaksin Covid-19 di wilayah Kandal, Kemboja. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PHNOM PENH: Kemboja bakal melaksanakan perintah berkurung di lapan wilayah yang bersempadan dengan Thailand bermula tengah malam ini sebagai usaha mengekang penularan varian Delta.

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen menandatangani kelulusan perintah berkurung semalam, menyaksikan penduduk dilarang keluar rumah jika tiada urusan penting, tidak dibenarkan berkumpul ramai-ramai serta menjalankan operasi perniagaan.

“Perintah berkurung sementara itu bertujuan mengekang penularan jangkitan akibat varian Delta,” katanya.

Pusat pemeriksaan sempadan dengan Thailand juga akan ditutup, kecuali untuk pengangkutan yang membawa barangan serta urusan kecemasan.

Antara lapan wilayah yang terlibat termasuk Koh Kong, Pursat, Battambang, Pailin, Banteay Meanchey, Oddar Meanchey, Preah Vihear dan Siem Reap.

Peningkatan kes Covid-19 di negara ini bermula sejak Februari lalu, menyaksikan jumlah keseluruhan sebanyak 75,152 kes dan 1,339 kematian.

Thailand juga berdepan dengan lonjakan kes akibat varian Delta yang pertama kami ditemukan di India. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya