QUITO: Rusuhan yang berlaku di dua penjara di Ecuador mengakibatkan lapan orang maut dan kira-kira 20 lagi cedera termasuk pegawai polis.
Badan Pengurusan Penjara, SNAI menerusi Twitter memaklumkan keganasan meletus di sebuah penjara di wilayah barat daya Guayas sehingga menyebabkan lapan banduan terbunuh dan dua pegawai polis mengalami kecederaan.
Jelas SNAI, satu lagi rusuhan berlaku di Andean Tengah, wilayah Cotopaxi mengakibatkan kira-kira 20 orang cedera.
Sebelum ini, kejadian rusuhan pernah berlaku di dua penjara tersebut pada Februari lalu.
Kejadian itu disebabkan pertembungan antara geng yang bersaing untuk mengawal penjara utama negara itu menyebabkan 79 banduan meninggal dunia dalam sehari. – AFP