Krisis Myanmar: AS gesa ASEAN ambil tindakan segera - Utusan Malaysia

Krisis Myanmar: AS gesa ASEAN ambil tindakan segera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Diplomat kanan Amerika Syarikat (AS), Anthony Blinken menggesa ASEAN mengambil tindakan tegas dalam usaha menamatkan keganasan dan mengembalikan semula demokrasi di Myanmar.

Lapor Al Jazeera, Blinken yang juga Setiausaha Negara AS menyuarakan kebimbangan mengenai krisis berlaku di Myanmar akibat rampasan kuasa, dalam satu mesyuarat dengan menteri luar ASEAN .

Jabatan Negara AS dalam kenyataan memaklumkan Blinken menggesa barisan pemimpin ASEAN untuk mengambil tindakan segera berdasarkan lima perkara yang telah dipersetujui oleh blok itu pada April lalu.

Beliau menerusi sidang video juga mendesak ASEAN mengambil tindakan bersama bagi membolehkan semua individu yang ditahan secara tidak adil di Myanmar dibebaskan dengan segera.

ASEAN mengetuai usaha diplomatik utama berhubung anggota negara Myanmar sejak junta tentera melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Menurut sebuah badan pemantau, sekurang-kurangnya 929 orang terbunuh manakala puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan bersenjata baharu terbentuk di Myanmar. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya