Kotak hitam pesawat tentera terhempas: Filipina mohon bantuan AS - Utusan Malaysia

Kotak hitam pesawat tentera terhempas: Filipina mohon bantuan AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANILA: Filipina akan menghantar kotak hitam milik pesawat Lockheed C-130 yang terhempas, kepada Amerika Syarikat (AS).

Menurut Ketua Tentera Filipina, Jeneral Cirilito Sobejana, perkara itu dilakukan bagi mendapatkan bantuan pakar untuk membuka dan menganalisis kotak hitam tersebut.

Sobejana menerusi satu wawancara yang disiarkan di televisyen tempatan mengesahkan perkara tersebut.

Katanya, AS komited untuk membantu mendapatkan maklumat daripada data penerbangan dan perakam suara kokpit yang dapat menjelaskan punca kejadian tragis yang mengorbankan 53 orang.

Menurut Sobejana, pihak Filipina ketika ini tidak mempunyai kepakaran sedemikian.

Pesawat Lockheed C-130 yang membawa seramai 96 orang, terbabas dari landasan ketika cuba mendarat di lapangan terbang Jolo di wilayah Sulu.

Penumpang dalam pesawat itu merupakan anggota tentera yang ditempatkan di Jolo untuk membantu tentera Filipina menangani kegiatan keganasan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya