MANILA: Pihak berkuasa Filipina semalam menemukan kotak hitam pesawat tentera yang terhempas di Jolo, wilayah Sulu pada Ahad lalu.
Ketua Tentera Filipina, Cirilito Sobejana berkata, dengan penemuan kotak hitam itu, punca nahas dapat dikenal pasti.
Katanya, juruterbang pesawat tersebut antara 52 yang maut dalam kejadian berkenaan.
“Saya bercakap dengan beberapa mangsa terselamat dan mereka memberitahu, pesawat itu melambung beberapa kali.
“Juruterbang cuba mengawal keadaan namun gagal dan sayap pesawat melanggar pokok kelapa sebelum terhempas,” katanya.
Sobejana turut memberitahu, tiada penumpang melompat keluar sebelum pesawat terhempas selepas ada saksi memaklumkan beberapa penumpang cuba keluar ketika pesawat hilang kawalan.
Tiga penduduk awam antara yang maut dalam kejadian tersebut. – REUTERS