Kondominium runtuh Miami: Angka korban meningkat kepada 97 orang - Utusan Malaysia

Kondominium runtuh Miami: Angka korban meningkat kepada 97 orang

BANGUNAN kondominium 12 tingkat Champlain Towers South di Miami, Florida yang runtuh pada 24 Jun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURSIDE: Angka kematian akibat sebuah kondominium runtuh di Miami, Florida pada bulan lalu dilaporkan kini meningkat kepada 97 orang.

Lapor Al Jazeera, usaha mencari mayat dibawah serpihan runtuhan bangunan di Florida Selatan itu hampir berakhir ketika polis Miami-Dade mengenal pasti baki mangsa yang lain.

“Kami mengesahkan seramai 97 orang meninggal dunia.

“Ia merupakan kejadian menyayat hati dan mengejutkan,” kata Datuk Bandar Miami-Dade County, Daniella Levina Cava kepada Reuters.

Jumlah kematian terkini itu merangkumi kes kematian seorang mangsa berusia 51 tahun yang dikenal pasti sebagai Luis F Barth.

Sementara itu, akhbar Miami Herald melaporkan, jurucakap polis Miami-Dade, Alvaro Zabaleta berkata, identiti 92 mayat mangsa sudah dikenal pasti.

Kata Zabaleta, pihaknya juga telah memaklumkan kepada ahli keluarga dan waris terdekat mangsa mengenai perkara tersebut.

Jelas beliau, pihaknya hanya menerima laporan 97 mangsa masih hilang.

“Berdasarkan jumlah mayat ditemukan dengan laporan bilangan mangsa hilang, ia tidak bermakna usaha mencari sudah berakhir.

“Kita tidak dapat pastikan lagi selagi semua serpihan runtuhan bangunan ini dibersihkan,” katanya.

Champlain Tower South yang terletak di Surfside, sebuah bandar di utara Pantai Miami, runtuh pada 24 Jun lalu ketika puluhan penghuni berada dalam kondominium tersebut.

Setakat ini, tiada mangsa yang selamat ditemukan sejak insiden runtuhan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya