Kondominium runtuh: Angka korban meningkat 79 orang - Utusan Malaysia

Kondominium runtuh: Angka korban meningkat 79 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Angka kematian akibat runtuhan sebuah kondominium 12 tingkat di Miami, Florida dilaporkan meningkat kepada 79 orang.

Menurut pihak berkuasa, sebanyak 14 mayat mangsa ditemukan dibawah serpihan runtuhan bangunan tersebut.

“Angka kematian amat memilukan yang menjejaskan kita semua,” kata Datuk Bandar County Miami-Dade, Danielle Levine Cava.

Champlain Tower South yang terletak di Surfside, sebuah bandar di utara Pantai Miami, runtuh pada 24 Jun lalu ketika puluhan penghuni berada dalam kondominium tersebut.

Setakat ini, tiada mangsa yang selamat ditemukan sejak insiden runtuhan tersebut.

Menurut Datuk Bandar, daripada jumlah 79 mangsa yang dijumpai, seramai 53 sudah dikenal pasti dan 61 orang lagi dilaporkan hilang.

Rabu lalu, pihak berkuasa memutuskan untuk beralih daripada misi mencari dan menyelamat mangsa yang berpotensi hidup kepada operasi mencari mayat. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya