Kondominium Miami runtuh: Angka kematian meningkat kepada 36 orang - Utusan Malaysia

Kondominium Miami runtuh: Angka kematian meningkat kepada 36 orang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SURFSIDE: Pasukan penyelamat masih berusaha mencari mangsa dibawah serpihan runtuhan kondominium 12 tingkat di Miami, Florida meskipun angin kencang dan hujan lebat akibat Ribut Tropika Elsa menyukarkan operasi tersebut.

Menurut Datuk Bandar Miami-Dade County, Daniella Levina Cava, angka kematian dalam kejadian berlaku di Surfside pada 24 Jun lalu, kini meningkat kepada 36 orang selepas pasukan penyelamat menemukan empat lagi mayat dibawah serpihan runtuhan bangunan itu.

Setakat ini, 26 mangsa sudah dikenal pasti.

Levine Cava berkata, seramai 109 penduduk masih lagi disenaraikan sebagai hilang dan pihak berkuasa mengesahkan 70 orang daripada jumlah itu berada dalam kondominium itu ketika runtuh.

Katanya, Ribut Tropika Elsa menyukarkan lagi operasi pencarian pasukan penyelamat di lokasi kejadian.

“Kami sedang memantau keadaan cuaca dari semasa ke semasa,” katanya.

Pusat Taufan Nasional memaklumkan Elsa yang mempunyai kelajuan angin kencang maksimum 110 kilometer sejam (km/j), dijangka menjadi taufan sebelum mendarat di utara pantai Teluk Florida pada pagi Rabu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya