Kilang plastik meletup di Bangkok, 29 cedera - Utusan Malaysia

Kilang plastik meletup di Bangkok, 29 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Seorang maut dan 29 cedera dalam satu insiden letupan besar di sebuah kilang di pinggir Bangkok awal hari ini.

Media tempatan melaporkan, letupan itu turut menggegarkan bangunan di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, sekali gus mengaktifkan sistem penggera utamanya.

Pengurusan lapangan terbang memaklumkan, setakat ini tiada penerbangan dibatalkan susulan kejadian itu dan enggan mengulas lanjut.

Menerusi beberapa gambar yang dikongsi media Thailand, dapat dilihat pasukan bomba dikerah ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran.

Gambar lain turut menunjukkan beberapa kediaman berhampiran kilang tersebut mengalami kerosakan dengan tingkap pecah.

Kepulan asap tinggi juga dapat dilihat di sekitar lokasi kejadian.

Kebakaran di kilang penghasilan palet plastik itu dilaporkan berlaku kira-kira pukul 3 pagi waktu tempatan dan sehubungan itu, pihak berkuasa mengarahkan penduduk setempat berpindah kira-kira 5 kilometer dari lokasi kejadian.

Hal itu susulan dibimbangi berlaku kebocoran bahan kimia atau lebih banyak letupan selepas ini.

Pihak berkusa menjadikan beberapa sekolah dan pejabat kerajaan sebagai pusat perlindungan sementara untuk penduduk yang terjejas. – AP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya