Kehidupan mewah polis Rusia diragui, rupanya jadi ketua mafia, makan rasuah - Utusan Malaysia

Kehidupan mewah polis Rusia diragui, rupanya jadi ketua mafia, makan rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Seorang ketua polis Rusia yang memiliki rumah mewah, lengkap dengan tandas emas dipecat kerana didakwa terlibat dalam skandal rasuah.

Lapor Daily Mail, Alexey Safonov, 45, yang berkhidmat sebagai ketua polis di wilayah Stavropol ditahan bersama 35 pegawainya selepas mereka didakwa melakukan kegiatan ‘mafia’.

Pasukan penyiasat memaklumakn Safonov dan anak buahnya memeras ugut dan menerima rausah untuk menikmati hidup mewah.

Pasukan penyiasat anti rasuah Rusia turut mendedahkan gambar rumah mewah Safonov yang dilengkapi dengan pelbagai perabot mewah, termasuk ruang tandas yang disaluti emas.

Hasil siasatan mendapati, Safonov dan kesemua anak buahnya memeras ugut golongan pemandu kenderaan dan menerima rasuah daripada syarikat pengendali kenderaan berat untuk lepas sekatan keselamatan.

Selain itu, kumpulan polis berkenaan juga ‘membuat duit’ dengan menjual plat nombor mewah.

Safonov dan semua anggota polis yang ditangkap berdepan dengan hukuman penjara 15 tahun jika disabit bersalah.

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya