Kebakaran hutan musnahkan rumah di 10 negeri AS - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan musnahkan rumah di 10 negeri AS

KEBAKARAN hutan berlaku di bahagian barat AS akibat suhu panas terik dan berbahaya. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LOS ANGELES: Kebakaran hutan memaksa ribuan penduduk berpindah kerana memusnahkan kediaman di 10 negeri di bahagian barat Amerika Syarikat (AS).

Malah, kebakaran hutan besar yang berlaku di Oregon juga mengancam sebahagian besar bekalan elektrik di California.

Lapor agensi berita AP, menurut Pusat Bomba Interagensi Nasional, hampir 60 kebakaran hutan yang memusnahkan belukar dari Alaska ke Wyoming.

Jelasnya, Arizona, Idaho dan Montana juga menyumbang lebih separuh kebakaran besar yang aktif.

Kebakaran hutan berlaku ketika bahagian barat AS dilanda suhu panas terik dan berbahaya sejak beberapa minggu lalu.

Perkhidmatan Cuaca Nasional AS (NWS) memberi amaran bahawa suhu berbahaya berterusan di kebanyakan kawasan.

Menurut jurucakap pegawai bomba, Daniel Omdal, kebakaran `Bootleg Fire’ yang menjejaskan kawasan seluas 818 kilometer persegi, mengancam hampir 2,000 kediaman.

Katanya, kebakaran itu memusnahkan kira-kira 21 rumah penduduk dan bangunan kecil lain.

Jelas beliau, anggota bomba bertungkus-lumus mengawal dan memadamkan kebakaran yang berlaku di Hutan Negara Fremont-Winema berhampiran pekan Klamath County di Sungai Sprague.

Dilaporkan, kebakaran itu mengganggu perkhidmatan di tiga saluran pembekalan 5,500 megawatt tenaga elektrik ke California.

Lebih 3,000 penduduk yang tinggal di kawasan utara dan berhampiran Nevada diarahkan untuk berpindah. – AP/AGENSI

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya