Kebakaran hutan, kawasan dikesan di Kampar - Utusan Malaysia

Kebakaran hutan, kawasan dikesan di Kampar

KAWASAN kebakaran yang dikesan pesawat pejuang Indonesia di Koto Tuo, Kampar, Pekanbaru. - ANTARA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKANBARU: Pesawat tempur F-16 dari Skuadron Udara 16/Rydder yang menjalankan latihan terbang di ruang udara Riau menemukan beberapa titik panas kebakaran termasuk kebakaran hutan di Koto Tuo, Kampar, Riau.

AntaraNews melaporkan, Komandan Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin, Tentera Nasional Indonesia Angkatan Udara (TNI AU), Marsyal Pertama Andi Kustoro berkata, pemantauan turut dilakukan Stesen Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizika Pekanbaru bagi menentukan koordinat titik panas melalui imej satelit.

“Maklumat mengenai titik panas itu diserahkan kepada Badan Respons Bencana Daerah Riau untuk maklum balas segera.

“Kawasan yang dipantau meliputi seluruh wilayah udara Riau,” katanya di sini.

Kawasan yang dilihat berlaku kebakaran itu adalah di 90 kilometer dari arah barat Pekanbaru, tepatnya di Koto Tuo, Kampar.

Hasil pemantauan itu dilaporkan kepada Badan Bertindak Bencana seterusnya tindakan lanjut oleh Bidang Operasi Udara yang menggerakkan helikopter untuk melaksanakan pengeboman air ke lokasi titik panas berkenaan.

Beberapa tahun kebelakangan ini kebakaran khususnya di kawasan hutan dan ladang menyebabkan bencana jerebu yang turut memburukkan ruang udara Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya