Kapal Laut Rusia boleh kesan, serang musuh di mana sahaja - Utusan Malaysia

Kapal Laut Rusia boleh kesan, serang musuh di mana sahaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan angkatan laut negara itu dapat mengesan musuh dan melancarkan serangan di masa sahaja jika diperlukan.

Lapor Sky News, Putin berkata, negara itu mampu mengesan musuh sama ada di bawah air, atas permukaan air, di udara dan jika diperlukan mampu melakukan serangan yang tidak dapat dicegah.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri perarakan sempena memperingati ulang tahun ke-325  Angkatan Laut Rusia di St. Petersburg.

Perarakan itu turut dihadiri oleh kapal-kapal dari angkat laut Iran, Pakistan dan India.

Pertunjukan itu turut berlangsung di beberapa pangkalan lain seperti Severomorsk, Caspiisk, Baltiisk, Sevastopol, Vladivostok.

Jun lalu, sebuah kapal milik Britain, HMS Defender berlayar di Laut Hitam berdekatan Crimea.

Dalam pelayaran tersebut, kapal Rusia melepaskan tembakan amaran dan pesawat milik Rusia menggugurkan bom di laluan HMS Defender.

Bagaimanapun, Britain menafikan laporan Rusia mengenai insiden itu.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya