Kapal kontena MV Ever Given akan dilepaskan - Utusan Malaysia

Kapal kontena MV Ever Given akan dilepaskan

Kapal MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring dan menghalang trafik di sepanjang Terusan Suez pada Mac lalu. -AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Kapal kontena Ever Given yang ditahan oleh pihak berkuasa Mesir kerana menghalang Terusan Suez pada Mac lalu, akan dilepaskan pada Rabu ini.

Keputusan itu dibuat selepas pihak berkuasa yang mengendalikan laluan penting tersebut memaklumkan perjanjian telah dicapai dengan pemilik kapal kontena tersebut.

MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring selepas dibadai ribut pada 23 Mac lalu, sehingga menghalang laluan perdagangan selama enam hari sebelum operasi dijalankan dapat melepaskan kapal kontena tersebut.

Mesir menyita kapal kontena milik syarikat Jepun, Shoei Kisen Kaisha bagi menuntut ganti rugi kos kerugian terusan serta semua perbelanjaan menyelamat dan penyelenggaraan di laluan air yang menghubungkan Asia dan Eropah.

Lembaga Terusan Canal dalam kenyataan memaklumkan satu majlis akan diadakan pada Rabu ini untuk menandakan perjanjian antara pemilik MV Ever Given dan pelepasan kapal tersebut.

Agensi itu bagaimanapun tidak menyatakan jumlah pampasan berkenaan.

Berdasarkan Lembaga Terusan Suez, Mesir kehilangan antara AS$12 juta (RM49.9 juta) dan AS$15 juta (RM62.38 juta) pendapatan harian sepanjang enam hari berkenaan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya