Kapal kontena Ever Given berlabuh di Rotterdam - Utusan Malaysia

Kapal kontena Ever Given berlabuh di Rotterdam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROTTERDAM: Kapal kontena Ever Given yang tersekat di Terusan Suez selama enam hari Mac lalu, selamat tiba di pelabuhan Dutch di Rotterdam.

Kapal itu dijadualkan berlabuh di terminal Rotterdam ECT Delta bagi melakukan kerja pemunggahan sehingga 3 Ogos depan sebelum berlepas semula ke Felixstowe, England.

Kapal berukuran 400 meter itu membawa 18,300 muatan meninggalkan Mesir pada 7 Julai lalu selepas dibebaskan oleh pihak berkuasa negara itu.

MV Ever Given tersekat dalam kedudukan mengiring selepas dibadai ribut pada 23 Mac lalu, sehingga menghalang laluan perdagangan selama enam hari sebelum operasi dijalankan dapat melepaskan kapal kontena tersebut.

Mesir menyita kapal kontena milik syarikat Jepun, Shoei Kisen Kaisha bagi menuntut ganti rugi kos kerugian terusan serta semua perbelanjaan menyelamat dan penyelenggaraan di laluan air yang menghubungkan Asia dan Eropah.

Berdasarkan Lembaga Terusan Suez, Mesir kehilangan antara AS$12 juta (RM49.9 juta) dan AS$15 juta (RM62.38 juta) pendapatan harian sepanjang enam hari berkenaan. -REUTERS

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya