Kanada buka sempadan kepada warga AS pada bulan depan - Utusan Malaysia

Kanada buka sempadan kepada warga AS pada bulan depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TORONTO: Kanada akan membuka semula sempadan negaranya pada bulan depan bagi membenarkan kemasukan rakyat Amerika Syarikat (AS).

Lapor BBC, kebenaran itu hanya diberikan kepada warga AS yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap.

Langkah melonggarkan sekatan sempadan itu dibuat selepas Kanada menyaksikan kadar pemberian suntikan vaksin yang terus meningkat dan penurunan berterusan dalam kes jangkitan Covid-19.

Sekiranya negara itu menunjukkan prestasi baik secara berterusan, Kanada dijangka menerima kemasukan pelancong asing yang sudah divaksin sepenuhnya pada 7 September depan.

Bagaimanapun, semua pengunjung perlu mengemukakan pengesahan ujian saringan Covid-19 negatif sebelum memasuki negara berkenaan.

Warga dan penduduk tetap AS yang sudah divaksin dibenarkan memasuki Kanada bermula pada 9 Ogos depan.

Sebelum ini, kerajaan Kanada menutup sempadan pada Mac tahun lalu sekali gus melarang masuk semua pelancong asing dengan beberapa pengecualian ke negaranya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya