TORONTO: Kanada akhirnya mengetepikan Amerika Syarikat (AS) dalam program pemberian vaksin Covid-19, selepas beberapa bulan ketinggalan dengan negara jirannya itu.
Sehingga 16 Julai, sebanyak 48.45 peratus penduduk Kanada sudah menerima vaksinasi lengkap berbanding 48.05 penduduk di AS.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau berkata, sekiranya program vaksinasi di negara ini terus menunjukkan perkembangan baik, pintu sempadan mungkin akan dibuka kepada penduduk AS.
Di AS, Presiden Joe Biden gagal mencapai sasaran untuk memvaksin kira-kira 70 peratus penduduk dewasanya menjelang 4 Julai lalu.
Kira-kira 68 peratus penduduk AS berusia 18 tahun ke atas sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan.
Dua wilayah Kanada iaitu Yukon dan Wilayah Barat Laut mendahului peratus paling tinggi untuk kadar vaksinasi di negara ini dengan masing-masing merekodkan 75 dan 72 peratus penduduk sudah divaksin.
Dianggarkan 80 peratus penduduk dewasa negara ini sudah menerima satu dos vaksin Covid-19. – AGENSI