Jumlah kematian Covid-19 di Thailand terus bertambah - Utusan Malaysia

Jumlah kematian Covid-19 di Thailand terus bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand hari ini merekodkan 57 kematian akibat Covid-19 iaitu dua hari berturut-turut angka kematian tinggi dicatatkan di negara ini ketika berdepan dengan gelombang ketiga koronavirus.

Laporan itu dibuat pada hari yang sama Thailand membuka pintu Phuket kepada pelancong asing.

Pelancong asing yang sudah menerima vaksin Covid-19 lengkap dibenarkan mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin dan bebas bergerak di pulau peranginan tersebut.

Thailand mengalami kerugian kira-kira AS$50 bilion (RM208 bilion) dalam sektyor pelancongan pada tahun lalu, menyaksikan penurunan kemasukan pelancong asing sebanyak 83 peratus.

Dalam pada itu, angka kematian tersebut menjadikan jumlah korban akibat Covid-19 di negara ini sebanyak 2,080 sejak pandemik bermula pada tahun lalu.

Thailand juga merekodkan 5,533 kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 264,834 kes. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya