MUNICH: Jerman menarik balik sekatan perjalanan yang dikenakan terhadap pengunjung dari United Kingdom (UK) dan empat negara lain yang dilanda varian baharu Covid-19.
Lapor BBC, peraturan yang turut dikenakan terhadap pelawat dari Portugal, Rusia, India dan Nepal juga akan dilonggarkan bermula esok.
Para pengunjung yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19 yang lengkap juga tidak perlu menjalani kuarantin.
Bagaimanapun, individu yang belum divaksin perlu tetap menjalani kuarantin sehingga 10 hari, dengan pilihan mengakhiri tempoh itu lebih awal dengan keputusan ujian saringan Covid-19 negatif pada hari kelima.
Setakat ini, lima negara itu diklasifikasikan sebagai `kawasan varian virus’ disebabkan penularan varian Delta dan Delta Plus yang pertama kali dikesan di India. – AGENSI