WASHINGTON: Jeff Bezos yang merupakan seorang daripada individu terkaya dunia bakal terbang ke angkasa lepas pada Selasa depan.
Misi mempromosi industri pelancongan angkasa lepas itu dilakukan sembilan hari selepas pengasas Virgin Galactic, Richard Branson terbang ke orbit untuk tujuan sama.
Namun, misi Bezos menerusi syarikatnya, Blue Origin dijangka lebih ‘besar dan hebat’ apabila beliau dijangka terbang pada altitud yang lebih tinggi berbanding kapal angkasa Virgin galactic.
Bezos yang mengasaskan Blue Origin pada 2000 mempunyai matlamat untuk ‘mewujudkan’ kehidupan manusia di angkasa lepas.
Hartawan itu bakal terbang ke angkasan lepas dengan menaiko kapal angkasa New Shpard pada pukul 8 pagi waktu tempatan pada 20 Julai ini di kawasan gurun di barat Texas.
Misi itu juga akan disiarkan secara langsung di BlueOrigin.com setengah jam sebelum pelepasan. – AFP