Jeff Bezos belum layak digelar angkasawan - Utusan Malaysia

Jeff Bezos belum layak digelar angkasawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEXAS: Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menggariskan perincian mengenai istilah angkasawan yang mesti menjadi sebahagian daripada kru penerbangan dan pernah melakukan sumbangan terhadap keselamatan penerbangan angkasa lepas.

Hal ini bermakna, Pengasas Amazon, Jeff Bezos dan Sir Richard Branson belum layak digelar sebagai angkasawan di sisi kerajaan Amerika Syarikat (AS).

Program terkini Sayap Angkasawan Komersial diumumkan Selasa lalu iaitu pada hari sama Bezos yang juga lelaki terkaya dunia berlepas ke angkasa lepas dari padang pasir di Texas menggunakan kapal angkasa New Shepard yang direka oleh syarikat miliknya Blue Origin.

Peneroka angkasa lepas mesti melakukan perjalanan sejauh 80 kilometer (km) di atas permukaan bumi untuk layak digelar sebagai angkasawan komersial.

FAA berkata, perubahan itu menjadikan skema penerbangan lebih sesuai peranannya melindungi keselamatan awam semasa penerbangan ruang komersial.

Jurucakap FFA memberitahu CNN mereka tidak menilai sebarang permohonan dan mereka yang ingin melakukan penerbangan komersial perlu dicalonkan terlebih dahulu.

Jelasnya, terdapat dua cara lain mendapatkan sayap angkasawan di AS iaitu melalui tentera atau Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya