Jangan berenang dalam kolam jika alami cirit-birit - Utusan Malaysia

Jangan berenang dalam kolam jika alami cirit-birit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak berenang di mana-mana pusat rekreasi pada musim panas ini sekiranya mengalami cirit birit.

Lapor CNN, agensi itu menerusi Twitter menyatakan ‘seseorang yang dijangkiti cirit birit boleh mencemari satu kolam renang’.

CDC turut memuat naik pautan garis panduan mengenai cirit birit dan berenang.

Antara garis panduan itu termasuk, mereka yang alami jangkitan cirit birit tidak dibenarkan masuk ke dalam kolam renang mahupun sungai sekurang-kurangnya dua minggu sehingga pulih sepenuhnya.

Orang ramai juga boleh menggunakan jalur ujian untuk memastikan air kolam renang mempunyai tahap klorin yang sepatutnya kerana bahan kimia itu boleh membantu membunuh kuman.

Pengguna turut dinasihati membilas badan selama satu minit selepas keluar dari kolam renang, selain dilarang minum serta membuang air besar dalam kolam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya