India rekod lebih 4,300 kes kematian akibat jangkitan kulat hitam - Utusan Malaysia

India rekod lebih 4,300 kes kematian akibat jangkitan kulat hitam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: Lebih 4,300 orang dilaporkan meninggal dunia akibat mukormikosis atau dikenali sebagai jangkitan kulat hitam di India.

Penularan wabak itu dikatakan semakin meningkat terutamanya menjejaskan pesakit Covid-19.

Lapor BBC, Menteri Kesihatan Mansukh Mandaviya berkata, sebanyak 45,374 kes jangkitan yang jarang dan berbahaya itu dilaporkan di India.

Mukormikosis menjejaskan bahagian hidung, mata dan biasanya menjangkiti individu 12 hingga 18 hari selepas pulih daripada Covid-19.

Hampir separuh daripada golongan dijangkiti masih menerima rawatan.

Menurut beberapa doktor, jangkitan kulat itu mempunyai kaitan denganh steroid digunakan untuk merawat pesakit Covid-19 dan diabetes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya